Want your
own Fotopage?







 
Born To Be The Saint

By: Jebat Matt

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  >  >>]    [Archive]
Thursday, 1-May-2008 15:58 Email | Share | | Bookmark
Mata dan Airmata

 


Aku boleh jadi pelakon hebat dihadapan sejuta penonton
Aku boleh jadi penyanyi pujaan ribuan siulan
Aku boleh jadi pendidik pada anak bangsa
Aku boleh jadi abang kepada adik adik hingusan
Aku boleh jadi pencanang suara
Aku boleh jadi gurindam jiwa
Aku boleh jadi orang bodoh
Aku boleh jadi pelukis bestari
Aku boleh jadi semua cerita kita
Aku tidak boleh jadi pembenci
Aku tidak boleh berbohong pada rasaku
Aku tidak boleh!

Aku hanya aku yang tahu
Aku hanya aku yang sakit
sakit tiada siapa tahu
hanya Aku dan Ilahi

Biar di Tanah Mekah aku luahkan
pada Ilahi yang lebih mengerti
aku ceritakan pada DIA tiap hari
kenapa aku?
kenapa hatiku?
kenapa rasaku?
pada esok yang belum pasti

Biarlah mata selalu mengalir
Biarlah mata selalu merintih
biarlah jemari jadi saksi
betapa berat aku lakar impian
sebuah bayang secantik bayu. . . .

so simple but nice... Sat 3-May-2008 02:14
Posted by:a passer-by Fazira_est_belle ctfazfarisi@yahoo.com  - [Link]
tiada apa yang cantik dengan batu hanya hambar... Sat 3-May-2008 02:32
Posted by:Jebat drjebat@gmail.com  - [Link]
batu?..batu belah batu bertangkup????? Wed 7-May-2008 04:23
Posted by:mshafie shafie_81@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Tuesday, 29-Apr-2008 15:29 Email | Share | | Bookmark
Jalan itu

 
 
 
View all 4 photos...








Pada jalan itu ada cerita
tiada yang mengerti
hanya aku dan aku juga
walaupun kadang cerita itu buat aku berbisik sendiri
seperti gila pada jalan sendiri
hanya aku dan aku juga

Akhir itu yang sakit aku juga
yang nampak gila
aku juga
yang nampak serabut
aku juga
yang nampak derita
aku juga

Pada jalan itu
aku hitung sakit ku sendiri
tidak aku rayu dilihat sesiapa
tidak aku pinta rasa kesian
kerana pada jalan itu sudah cukup
menyakitkan aku. . .

great shots! Thu 1-May-2008 16:45
Posted by:fadhilah  - [Link]
Add comment


Sunday, 27-Apr-2008 07:00 Email | Share | | Bookmark
Hitam

 


Jalan itu walau tinggal jalan
aku masih lalui
masih kesana
masih disitu

Semangat untuk anak bangsa
terus membakar
terus memberi kekuatan
pada cita esok hari

Aku akan cari laluan
cari ruangan
untuk berdepan mata itu
dan ikrarku
selepas aku habiskan bicara
pada mata itu
aku akan berpaling dan tidak akan menoleh lagi. . . .


Somewhere In Time

cantik + bermakna... cikgu ke? Mon 28-Apr-2008 06:21
Posted by:bidasari  - [Link]
Add comment


Tuesday, 22-Apr-2008 20:43 Email | Share | | Bookmark
Sesuatu Pada Masa

 
 


Sesuatu pada masa
ada cita cita
ada cerita
ada luka
ada segalanya

Ada nama Ilahi yang abadi
pada hati yang selalu menyebutmu
mengharap hadir
membelai sepi
membelah sunyi
bersuara ceria

Tidak mengharap
membalas belai
membalas senyum
membalas suara
menoleh kembali

Pada Ilahi yang lebih mengerti
apa hikmah diberi kembali
untuk kuat membelah arus
pada manusia manusia semanis kata
untuk aku capai cita cita abadi

Namun apa yang tercatat dihati oleh dirimu
akan abadi disini
dijejak kita..



biarkan jejak itu pudar...demi cecita abadi.. Thu 24-Apr-2008 05:59
Posted by:unnamed
Dalam cecita abadi itu ada jejak yang tak mungkin pudar... Thu 24-Apr-2008 10:45
Posted by:Jebat drjebat@gmail.com  - [Link]
Add comment


Tuesday, 15-Apr-2008 23:01 Email | Share | | Bookmark
Cerita Seorang Aku

 


Cerita cebisan orang seperti aku
hanya mimpi
hanya airmata
hanya doa
hanya harapan melangit tinggi
hanya langkah kaki
hanya jejak yang tidak pernah hilang
hanya bisikan telinga
hanya ada aku

Cerita cebisan orang seperti aku
akan penuh dengan himpunan doa
akan penuh dengan himpunan rasa
akan penuh dengan kelompok hati
menyusun rapat pada semangat untuk mencorak esok

Cerita aku hanya cebisan
cerita melukakan
cerita menyedihkan
cerita tanpa senyum
malam penuh airmata
malam penuh renung mata
malam penuh dakapan erat
malam penuh didada

Cerita aku hanya helaian
masa yang penuh dengan kata
pada jejak, dakap dan bisikan itu.

Cerita aku hanya sentuhan kata
buat yang mengerti
walaupun lari sekuat hati
ceritaku setia disudut yang sangat jauh

Hari ini cerita itu sama seperti kelmarin
untuk aku baca dan lihat
pada waktu yang aku mampu
aku susun langkah mengejar cita cita
dan akan hadir pada waktu yang mungkin tidak pernah terlintas
menuntut hati milikku abadi. . .

Namun dikejauhan sudut ini,
cerita aku bertanya "masihkah ada disitu"
aku hanya mampu ceritakan pada angin
walaupun hanya bayang
biarlah aku terus bercerita. . .


Teluk Likas

maksud yang sangat mendalam.. Wed 16-Apr-2008 01:41
Posted by:mshafie shafie_81@yahoo.com  - [Link]
salam





Perkhidmatan khemah kanopi sekitar manjung
http://wulancinta.fotopages.com or our temparory website www.freewebs.com/andamanpalin.
contact person:019-5617825(makeup artist)
Wed 16-Apr-2008 02:20
Posted by:wulancinta by_n_gelz@yahoo.com
Hai...pernah tgk buah nam-nam tak????..jom kalau nak kenal buah nam-nam....jom singgah fp zai....bru jer update...... Wed 16-Apr-2008 02:59
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
Add comment


Sunday, 13-Apr-2008 10:07 Email | Share | | Bookmark
Hujan

 




Hujan turun lagi
pada tempat yang sama
tapi pada rintik yang berbeza
tapi rentak itu serupa
bila aku menoleh ditingkap sana

Hujan bercerita
pada lagu lagu itu
pada sahabat yang setia
langkah akan gagah setia
mengejar cita cita
berdiri didepan Jambatan London
bukan lagi satu mimpi

Mungkin hujan akan berhenti
tapi apa juga doa esok hari
aku saja tahu
aku saja mengerti
pada ilahi aku bisikan selalu
walaupun hanya kedengaran hujan berlagu ria

Aku langkah terus
tanpa menoleh lagi kelmarin yang ada
tapi aku genggam segala kata dalam hati terdalam
untuk aku ceritakan pada diri
cita cita hampir kau genggam
teruskan...


UMS April 2008

Genggaman itu harus terus kuat..kerana jambatan itu sudah lama menanti Tue 22-Apr-2008 03:49
Posted by:unnamed
Genggaman itu sentiasa kuat insyallah, hanya takut jambatan itu tidak pernah menanti pun orang seperti aku. . . . Sun 11-May-2008 02:56
Posted by:Jebat drjebat@gmail.com  - [Link]
penuhnya en jebat punya desktop
Mon 19-May-2008 05:18
Posted by:mabukpixels
Add comment


Monday, 7-Apr-2008 13:23 Email | Share | | Bookmark
Impian itu...

Mimpian Jadi, Tuaran
Jejak Itu Aku. .
 





photo ehsan oleh Lim

Pada impian itu terukir kita,
Pada impian itu sejuta harapan kita tabur
Pada impian itu kita lakarkan kenangan
Pada impian itu petang milik kita

Pada sentuhan itu,
Aku sebenarnya sudah ditikam pedih,
Aku sebenarnya sudah tiada lagi
Aku sebenarnya hanya ilusi
Aku sebenarnya hanya sejarah

Pada renung mata itu
mengajar aku rindu yang tidak mati,
mengajar aku pada kasih yang abadi
mengajar aku pada mimpi ngeri
mengajar aku untuk jujur pada hati...

Kini jejak itu kenangan buat dirimu
tapi bukan aku
tapi bukan anganku
tapi bukan harapku
tapi bukan genggamku

Kini semua bisu sejuta bahasa
tapi tiada yang tahu
hati ini menjerit
hati ini merintih
biarlah seumur hidup siksa milikku abadi
supaya kau tahu aku tetap sini
ketika menoleh pada aku yang pernah kau pahatkan sesuatu. . .

Care to comment?


Thursday, 3-Apr-2008 15:02 Email | Share | | Bookmark
Pada Angka 3

 
Jejak
 
View all 8 photos...








Pada angka 3 itu merubah segalanya,
pada angka itu aku kenali janji
pada angka itu aku kenali rindu
pada angka itu aku gembira sesaat
pada angka itu aku kehilangan senyum
pada angka itu rupanya hatiku tiada lagi

Pada angka 3 aku tidak percaya
dibelai puteri yang tiada
disusun kata pemanis bicara
kerana aku cuma cebisan rasa penghilang duka
kerana aku hanya bayang
kerana aku tidak seagung bendahara Melaka

Pada angka 3 semangatku ditikam dalam,
luka tak akan sembuh sehari dua pasti
aku teruskan juga walaupun aku tahu hujungnya bagai tiada
aku teruskan walaupun aku tahu aku akan pergi jauh
aku teruskan juga walaupun aku ditertawa
aku teruskan juga walaupun aku sebenarnya tiada...

Susunan angka itu membuat kita dulu
dibuai rindu
dibelai mimpi
digenggam janji
disentuh puteri
walaupun membisu sejuta alasan
aku menunggu walaupun tiada
pada gerak mata melihat wajah sepuas rasa
bohongilah semua orang pada hati nan satu
tapi bukan pada hati kita. . .

Esok sentiasa hadir pada angka itu
aku susun cerita esokku
walaupun tidak sepenting mentari
walaupun hanya cerita tiduran kita
untuk esok yang pasti hadir...


Mungkin esok pada angka 3 ini
aku sudah tiada lagi disini
pergi jauh membawa diri
pergi jauh membawa rasa
pergi jauh menuntut diri
pergi jauh untuk ilmuan
pergi jauh untuk KASIH
pergi jauh untuk apa yang pernah kau tulis didada ini...
walaupun mungkin kau tidak akan menoleh lagi
pada cerita orang seperti aku...

Pada angka 3 ini,
terpahat abadi dari jarimu
pada hati, mata dan jiwa
pada satu doa nan abadi...

3 April 2008 - Port Dickson, NS


Care to comment?


Sunday, 30-Mar-2008 21:43 Email | Share | | Bookmark
Bila Gunung Menangis

Aku Disitu...
Terselindung Pun Masih Situ..
Tersembunyi Pun Aku Masih Lagi Disitu. .


Bila gunung itu menangis
tiada yang tahu
tiada yang dengar
tiada yang perasan
tiada yang mengerti
tiada yang peduli
pada apa yang dipinta
pada nyanyian hati

Bila gunung menangis
ramai yang nampak
ramai yang silap
ramai yang menduga
pada tangisan sebuah cerita esok

Bila gunung itu mula bercerita
pada tangisan
pada harapan
pada janji
pada kata kata
pada mimpi yang kerap hadir
pada esok yang mungkin bahagia
pada esok milik diri
pada semangat yang terpahat dihati
ada yang kurang nampak dimatamu
ada kurang fasih bertutur di mulutmu
ada sindir pada katamu

Biar pun apa yang datang
buat gunung yang satu
tetap juga disitu
tetap juga menanti
tetap juga bercerita
tetap juga merindu
tetap juga yakin
bahawa esok adalah cerita kita
cerita pada jejak jejak yang masih ada
cuma kau tidak pernah yakin. . .

Tamparuli Futsal Centre

mana mungkin keyakinan bertandang...andai jalan di hadapan kabur...harapan jua sirna dibalik awan yang kelam Mon 31-Mar-2008 09:06
Posted by:unnamed
Orang takut tidak pernah akan dapat apa apa. . . . Sun 13-Apr-2008 10:27
Posted by:Jebat drjebat@gmail.com
menarik.. hujung sana ada sabah... tak pernah....sampai sabah Thu 17-Apr-2008 06:54
Posted by:anazs krina_bb@yahoo.com
Add comment


Friday, 28-Mar-2008 05:51 Email | Share | | Bookmark
Senja Nan Merah

Aku Bukan Penderhaka. . .
Jejak. .





Pada senja yang bercerita,
pada merah yang kian hilang,
pada bayang yang kian lenyap,
pada kata kata yang masih mengiang,

Namun cita cita itu masih sini,
Padu sehingga akhir hayat,
tidak akan ketemu manusia berhati seperti aku
tidak akan sama walaupun kehujung dunia digali pergi
tidak akan ketemu lagi kelibat ini
pada batas batas yang ada. . .

Andai satu hari kau menoleh,
ketahuilah aku tetap disini
aku tetap yang sama,
aku tetap berdiri terpahat pedih,
pada satu yang mungkin bahagian buat diriku,

Walaupun tiada sudah kata kata
walaupun tiada sudah bicara kita
walaupun sepi ini akan makin abadi..
Aku abadikan segalanya dalam hati yang kian berat
Gelombang kian kuat bukan lagi takut ku

Aku pergi mencari abadi
pada yang berikan cinta dalam hati
pada aku doa yang rindu didada
pada yang DIA yang setia ketika airmata mengalir deras
pada DIA yang memakbulkan segala impian yang bergelar mimpi. .


UMS Mac 2008

Merintihla.. Kerana Rintihan Itu Bisa Menjadi Sesuatu Yang Indah Apabila Diluahkan.. Fri 28-Mar-2008 09:14
Posted by:chubs
Add comment


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.